Perjanjian Laman Web Peminat

  1. Telah dinyatakan pada laman web anda bahawa TibiaME dibuat oleh CipSoft dan semua kandungan daripada laman web rasmi TibiaME atau yang telah diberikan oleh CipSoft, sebagai contoh sebarang grafik yang mungkin anda gunakan, berhak cipta oleh CipSoft. Rujukan kepada syarikat kami dan TibiaME perlu diberikan sebagai pautan di dalam laman web anda.
  2. Laman web peminat anda memerlukan bahagian butiran untuk dihubungi, sebagai contoh nama pencipta laman web dan alamat kenalan.
  3. Kami memerlukan orang untuk dihubungi yang boleh diharap dan bertanggungjawab mentadbir laman web peminat. Kami memerlukan nama orang ini, watak TibiaME dan alamat e-mel yang boleh dihubungi. Orang ini perlulah dapat berkomunikasi di dalam bahasa inggeris pada tahap yang boleh diterima. Orang yang dihubungi perlu memeriksa e-mel dengan kerap, juga perlu memeriksa papan laman web peminat dengan kerap.
  4. Sudah tentu tidak mengapa untuk memiliki iklan dan penaja untuk laman web anda, tetapi anda perlu memastikan bahawa ia sesuai untuk pelanggan kami, yang kebanyakannya minor. Sila pastikan anda memiliki kawalan di atas kandungan iklan yang anda terbitkan di dalam web peminat anda.
  5. Kandungan laman web peminat haruslah mengenai TibiaME sahaja. Kami menetapkan standard yang tinggi, oleh itu laman web peminat anda perlu dikemas kini dengan kerap. Sila pastikan maklumat yang diberikan pada laman web peminat anda betul dan adil. Teks pada laman web anda haruslah tepat berkaitan ejaan dan tatabahasa. Kami juga menjangkakan anda mempunyai reka bentuk yang profesional.
  6. Kami menghargainya jika anda menerbitkan kandungan yang dijana sendiri, dan bukan sahaja salinan dan/atau terjemahan berita kami. Ia perlulah jelas untuk semua pengunjung anda di mana artikel dibuat untuk laman web peminat, dan yang mana bukan. Plagiarisme daripada laman web peminat yang lain tidak akan dipertimbangkan. Jika anda mahu menggunakan gambar, jadual dsb. daripada laman web peminat yang lain, sila hanya berbuat demikian jika anda mempunyai kebenaran pemiliknya. Sila gunakan fikiran anda sendiri pada laman web anda. Secara asasnya anda boleh menerbitkan apa sahaja yang anda dengar sebagai khabar angin. Apabila anda ragu-ragu, jika apa yang anda mahu terbitkan betul atau tidak, anda boleh selalu memeriksa semula dengan koordinator laman web peminat. Jika anda tidak menerima sebarang pengesahan, anda masih boleh memutuskan untuk menerbitkan maklumat tersebut, tetapi anda perlu menandakannya mengikut kesesuaian (cth. "Maklumat ini belum lagi disahkan oleh CipSoft"). Anda akan dipertanggungjawabkan untuk penerbitan anda.
  7. Memberi maklumat umum mengenai pengembaraan adalah biasa. Penyelesaian lengkap pengembaraan perlu ditanda dengan penafian bahawa amaran kepada pemain pengembaraan akan tidak menyeronokkan di bahagian seterusnya. Laman web paminat boleh menyiarkan maklumat lengkap mengenai semua raksasa dan item yang wujud di dalam permainan. Walau bagaimanapun, kami tidak akan menyokong anda di dalam mencari sebarang maklumat mengenai raksasa atau item kerana ini ialah perkara yang perlu diketahui sendiri oleh komuniti.
  8. Anda perlu dapat menyederhanakan laman web anda. Anda juga perlu melaksanakan standard kelakuan yang munasabah pada laman web anda. Spam, penyataan yang menyinggung perasaan atau menyiarkan pautan mengganggu di dalam forum anda mesti dielakkan menggunakan apa jua cara. Jika anda mempunyai moderator atau pembantu untuk laman web peminat anda, pilihnya dengan bijak dan sokong mereka di dalam kerja mereka. Kami akan memberi orang hubungan yang bertanggungjawab untuk segala yang berlaku di dalam laman web, jadi anda harus dapat mempercayai pasukan anda.
  9. Laman web anda tidak boleh mengandungi muat turun untuk alat menipu, perisian haram, pautan yang membawa kepada laman sepertinya, atau iklan daripadanya. Jika anda menawarkan sebarang muat turun pada laman web anda, anda dijangka untuk melampirkan penafian di mana pelanggan anda diberitahu bahawa alat ini bukan dicipta oleh CipSoft. Tambahan, anda perlu memastikan tawaran muat turun tidak mempunyai virus, pintu belakang dll. Secara umum, kami menasihati anda untuk tidak menawarkan muat turun kerana anda tidak dapat memastikan keselamatan alat yang anda terima daripada orang lain.
  10. Anda perlu memastikan Peraturan TibiaME dipatuhi pada laman web anda. Contohnya, tiada pertukaran akaun melalui forum anda atau sebarang pertukaran watak/item untuk wang sebenar dll. Juga, tangkapan skrin yang mengandungi sebarang iklan alat penipuan perlu dielakkan dan dikeluarkan serta-merta sebaik sahaja anda tahu mengenainya.
  11. Sebagai pulangannya, kami menawarkan faedah yang disenaraikan di dalam program laman web peminat kami.
  12. Kerjasama boleh ditamatkan pada bila-bila masa dan tanpa memberi sebab mengapa, yang akan menyebabkan penarikan balik faedah.
  13. Laman web yang diluluskan yang tidak mematuhi syarat yang dinyatakan di atas akan sama ada menerima amaran, atau, di dalam kes yang serius atau berulang, dikeluarkan daripada program.
  14. Garis panduan ini mungkin berubah pada bila-bila masa. Semua perubahan akan dimaklumkan.