Program Laman Web Peminat

Melawat laman web peminat ialah cara yang bagus bagi pemain kami untuk menerima maklumat tambahan mengenai TibiaME, maklumat di dalam bahasa yang berlainan, statistik atau maklumat yang lengkap di dalam wiki. Kami merasakan ianya bagus adanya orang di dalam komuniti TibiaME yang meluangkan banyak masa di dalam mencipta dan mentadbir laman web peminat. Untuk sebab ini, kami menyokong laman web yang layak, dan dengan pentadbir serta pembantu mereka.

Jika anda telah mencipta laman web peminat TibiaME dan berminat dalam mengambil bahagian di dalam program laman web peminat kami, sila hantarkan e-mel kepada dengan penerangan ringkas mengenai kandungan laman web peminat anda. Kami akan memeriksa laman web anda dan kemudian ia akan ditambah ke senarai "Laman Web Peminat Yang Diawasi". "Laman Web Peminat Yang Diawasi" diperhatikan buat sementara waktu untuk melihat bagaimana ia membangun. Sebaik sahaja laman web anda layak untuk program laman web peminat ia akan disenaraikan di dalam bahagian laman web peminat kami. Setiap 6 bulan laman web peminat rasmi TibiaME anda akan dinilai bagi melihat jika ia masih memenuhi keperluan yang dinyatakan di dalam Perjanjian Laman Web Peminat kami.

Jika laman web anda tidak layak untuk program laman web peminat, anda akan menerima maklum balas mengenai bagaimana anda boleh memperbaiki laman web anda. Permohonan hanya boleh dihantar semula setiap suku tahunan.

Sila ambil perhatian bahawa program laman web peminat kami dibuka buat masa ini hanya untuk laman web paminat umum mengenai TibiaME. Kami tidak menerima laman web persatuan untuk dunia permainan khusus sahaja. Lagi pula, laman web peminat yang juga berurusan dengan permainan lain selain daripada TibiaME (laman web umum MMO, sebagai contoh) tidak boleh menjadi sebahagian daripada program laman web peminat kami.

Laman web peminat menerima faedah yang berikut:

  • Pautan langsung daripada bahagian laman web peminat kami
  • Akses ke papan laman web peminat kami mengenai bahan yang mana seperti artikel berita, tangkapan gambar, hasil seni, dan kemas kini dipersembahan lebih awal
  • Orang hubungan daripada jabatan pengurusan komuniti CipSoft, yang akan mengiringi anda di dalam semua soalan yang berkaitan laman web peminat
  • Menguji akses pelayan untuk orang hubungan dan 5 pembantu laman web peminat
  • Temu bual ekslusif bersama ahli CipSoft sekali setahun
  • Satu lencana untuk menyokong laman web peminat TibiaME
  • Percuma masa premium untuk orang hubungan bagi tempoh 6 bulan, sehingga laman web dinilai semula.

Untuk maklumat selanjutnya, terutamanya mengenai keperluan untuk menyertai program, sila baca Perjanjian Laman Web Peminat TibiaME dengan berhati-hati. Jika anda berminat untuk menyertai program laman web peminat, wajib untuk menandatangani perjanjian ini dan mematuhinya untuk diterima.

Masih ada sebarang pertanyaan? Sila hantarkan kami e-mel kepada fansites@TibiaME.com!