#NamaPeringkatExp.
1Hitman177795215741
2Mimosa172711102554
3MrQ166612531059
4Fej164590215086
5Yn162564335872
6Hawk161552336004
7Tuman160539467352
8Slavyan160533817647
9Exploz159525452584
10Madina159523305208
#NamaKuota*
1Rud20
2Coolwiz20
3Vo20
4Ireland20
5Yes20
6Jenderal20
7Micc20
8Mocha20
9Animase20
10Okeey20
* Kuota dikemas kini setiap hari Ahad.

Soalan Lazim

Bagaimana untuk Main

Berbual dgn penduduk, membeli dan menjual barang.

Berbual dgn penduduk:
Kamu boleh berbual dgn penduduk pulau-pulau TibiaME yg ramah. Kami menggalakkan kamu berbuat demkinan sebab penduduk TibiaME mungkin akan memberikan kamu maklumat penting yg akan membantu kamu melengkapkan pengembaraan watak kamu! Penduduk memakai nama berwarna kuning, watak lain berwarna hijau, bos raksasa berwarna merah. Utk berbual dgn penduduk, letakkan watak kamu bersebelahannya dan gerakkan kunci arah ke arahnya. Penduduk TibiaME boleh berbual dgn 4 pengembara sekaligus. Semasa berbual, kamu ada satu set jawapan yg terhad utk mengarah perbualan. Pilih jawapan yg paling menarik perhatian kamu menggunakan kunci arah dgn menekan kunci nombor atau menyentuh jawapan bergantung peranti yg kamu guna. Kamu boleh tamatkan perbualan bila-bila masa saja dgn memilih "Selamat Tinggal".

Membeli dan menjual barang:
Selain mata pengalaman dan barang yg kamu terima sebab membunuh raksasa, kamu boleh juga cari emas dlm makhluk. Jika kamu ada duit yg cukup, kamu boleh beli peralatan yg lebih canggih utk watak kamu. Ada banyak kedai menarik di kampung di mana kamu boleh belanjakan duit kamu. Ada juga pemilik kedai yg membeli barang yg kamu temui semasa pengembaraan kamu. Utk masuk ke kedai, gerakkan watak kamu ke arah kaunter. Satu menu dagangan akan tertera. Ianya mengandungi senarai terperinci barang yg kamu boleh beli atau jual di kedai yg kamu lawati. Dgn menekan kunci "OK/lancarkan" atau menyentuh barang di senarai, barang yg dipilh akan dibeli atau dijual utk harga yg disenaraikan. Jika kamu membeli satu barang, kamu boleh pilih di mana utk menyimpan barang kamu di inventori atau menggerakkan kursor ke posisi yg diinginkan atau dgn menyentuh posisi. Jika kamu mahu jual barang, pastikan kamu letak barang tersebut di inventori. Kamu boleh tinggalkan kedai bila-bila masa saja dgn memilih "Tingglkan" (Hotkey 0) dari menu atau dgn menekan kunci "Batal".