Soalan Lazim

Sistem PvP

Gelanggang PvP

TibiaMe ada tiga arena PvP, dua terletak di Aurea. Kedua-dua arena boleh diakses pemain percuma dan premium. Arena ketiga terletak di Solahmar, hanya boleh diakses watak Premium atau yg membeli akses kekal ke pulau ini di Pasaran.

Jika satu watak mati semasa pertarungan di arena PvP, ianya akan hilang 2% pengalaman. Ada kemungkinan juga barang akan dijatuhkan dari beg galas.

Selain dari risiko ini, ada juga yang boleh diperoleh. Setiap watak berlawan di arena mengambil bahagian di sistem ranking. Dgn berlawan dan mempertahankan watak ranking lebig tinggi, watak akan naik ranking.

Utk membuat pertarungan lebih mencabar, satu had masa telah diwujudkan. Bila watak dah masuk arena, dia tak boleh meninggalkannya 1.5 minit pertama. Ciri ini ditetaplan untuk mengelakkan pertarungan tamat terlalu cepat jika pihak lawan menyerah kalah di awal waktu.

Untuk memastikan watak ranking tertinggi tak boleh kekalkan tetap rankingnya dgn mengelakkan arena, kuota telah diwujudkan.