Soalan Lazim

Bagaimana untuk Main

Puak di TibiaME

Jika kamu bukan ahli puak, kamu boleh cipta puak kamu sendiri. Caranya, masuk ke dalam salah sebuah rumah puak dan pilih "Asaskan Puak". Kamu perlu namakannya. Ingat bahawa peraturan TibiaME diaplikasikan pada nama puak juga, jadi pilihlah nama yg dibenarkan.
Watak kamu perlu ada keistimewaan utk mengasakan puak. Watak boleh buka keistimewaan ini di Pasaran selamanya atau menerimanya utk jangka masa Masa Premium mereka. Puak tak akan dibubarkan jika ketuanya hilang status Premium.

Bila puak dah dicipta, kamu boleh akses menu puak. Sekarang kamu boleh jemput pemain lain untuk sertai puak kamu, naikkan pangkat mereka kpd naib ketua atau turunkan pangkat mereka dan buang pemain tertentu dari puak atau bubarkan puak terus. Kamu kena jemput sekurang-kurangnya 2 watak untuk cipta puak selepas 3 hari puak diciptakan. Jika tidak, puak akan dimansuhkan.

Sebagai naib ketua, kamu kena boleh jemput pemain lain sertai puak tapi kamu tak boleh buang ahli atau padam puak.

Ahli puak dapat bonus XP. Jika 2 pemain dari puak bunuh raksasa bersama-sama, setiap pemain akan dapat 10% bonus dari perkongsian pengalamannya dgn raksasa itu. CthL

Pemain 1 dan 2 menyerang raksasa dgn 100 mata pukulan. Pemain 1 tangani 70 kerosakan dan Pemain 2, 30 kerosakan.

  • Pemain 1 akan dapat 70 XP + 7 XP bonus
  • Peman 2 akan dapat 30 XP + 3 XP bonus