Soalan Lazim

Soalan Umum

Bagaimana sertai TibiaMe? (Klien klasik)

Menyertai TibiaMe sangat mudah. Muat turun klien dari laman web atau Stor App dan pasang TibiaMe pada telefon bimbit. Mulakan permainan dengan memilih ikon TibiaMe.

Pilih "Pilihan" dan pilih "Permainan baru" untuk mulakan pengembaraan baru di dunia menarik TibiaMe. Satu babak video akan mengenalkan kamu dengan cerita dan kemudian kamu akan diminta untuk mencipta hero kamu sendiri. Beberapa data diperlukan di sini. Pilih tetapan yang berbagai dengan mengemudi ke atas dan bawah;

  1. Nama: Watak kamu perlukan nama. Nama mesti mengandungi sekurang-kurangnya 2 huruf, tanpa aksara istimewa, jarak atau nombor. Jika kamu menerima mesej "Nama tidak sah" - sila pilih nama lain", nama yang kamu pilih mengandungi kombinasi huruf yang tidak dibenarkan. Sila pilih nama yang lain.
  2. Kata laluan: Untuk memastikan watak kamu hanya boleh dimainkan oleh kamu, kamu perlu masukkan kata laluan. Kata laluan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 6 aksara dan mengandungi nombor dan/atau huruf. Sila gunakan kata laluan yang sukar diteka seperti "67hy83sw" atau "Is03hfi5". Jika kamu pilih kata laluan mudah seperti "123456" atau padanan "adgjmp", watak kamu berisiko untuk digodam.
  3. Dunia: Di sini kamu boleh pilih untuk main di dunia permainan mana. Dunia permainan berbeza hanya dari segi watak yang didaftarkan di sana. Watak kamu terikat dengan dunia permainannya dan tak boleh pindah ke dunia lain kemudian. Jika kamu nak main dengan kawan-kawan kamu, pastikan kamu berdaftar di dunia permainan yang sama.
  4. Pekerjaan: Pilih pahlawan berani atau ahli magis berkuasa untuk watak kamu. Pahlawan sangat bagus dlm pertarungan tertutup kerana mereka pejuang huru-hara terulung yang boleh menangani kerosakan. Ahli magis boleh melontarkan jampi dan menangani kerosakan tapi mereka perlu lebih berhati-hati dlm pertarungan sebab mereka tak dapat tangani kerosakan sebanyak pahlawan.
  5. Jantina: Kmau mahu hero lelaki atau perempuan? Tentukan di sini.
Bila kamu dah pilih semua tetapan untuk watak kamu, pilih "Mulakan permainan" di "Pilihan" dan pengembaraan bermula.