Soalan Lazim

Bagaimana untuk Main

Kawalan dan Menu (kekunci sentuh).

Kawalan:

Utk menggerakkan watak, sentuh anak panah di pad-D atau sentuh saja mana-mana tempat di skrin dan watak kamu akan berjalan ke situ. Cara yg paling selesa utk menggerakkan watak kamu adalah dgn melalukan. Lalukan hanya akan berfungsi jika kamu telah mengaktifkan kuncijalan di "Tetapan". Utk melalukan watak kamu, sentuh (slide) jari kamu di skrin sentuh ke arah yg kamu mahu bergerak sehingga titik merah muncul di tengah-tengah pad-D. Sekarang watak kamu akan terus berjalan sehingga ia menemui satu halangan. Utk mengubah arah watak kamu, sentuh saja jari kamu ke arah yg kamu mahu watak kamu berjalan atau gunakan pad-D. Akhirnya. kamu boleh sentuh watak lain yg sedang berjalan utk mengekori ke mana mereka pergi. Watak kamu akan berhenti jika kamu berjalan menuju halangan, watak lain menggunakan tangga atau teleport atau jika watak lain berhenti berjalan.
Sentuh butang togol (yg ada anak panah mengitar) utk navigasi melalui beg galas kamu, peralatan, berbual dan butiran watak. Dgn menyentuh satu barang di inventori kamu, satu menu kecil akan terbuka. Gunakan simbol tangan utk jatuhkan barang, simbol mata utk dapatkan maklumat lanjut tentang barang tersebut dan simbol alat utk menggunakan atau melengkapkan barang tersebut. Utk mengambil satu barang di lantai, sentuh sahaja lantai itu. Sentuh butang menu (yg ada garisan) utk masuk ke menu atau daftar keluar.

Menu Maklumat:

Maklumat Watak:
Status (dapatkan maklumat umum tentang watak kamu seperti level, Ep,Ep sehingga level seterusnya, stamina, Insuran Hayat dll.)
Attribute (tengok, edarkan atau masukkan semula mata attribute watak kamu)
Skil (tengok, edarkan atau masukkan semula skil watak kamu.)
Statistik (periksa maklumat statistik tentang watak kamu seperti pekerjaan, level, kedudukan pvp, kedudukan mata tertinggi, puak dll.)
Stat Raksasa (ketahui berapa banyak makhluk yg telah kamu bunuh)
Pencapaian (tengok pencapaian yg kamu sudah peroleh dan apa yg kamu kena buat utk yg belum kamu capai lagi)
Log Pengembaraan (di sini kamu boleh periksa pengembaraan mana yg kamu telah lengkapkan dan mana sdg kamu lalui.)

Kedudukan:
Siapa sedang online? (senarai watak yg sedang online dan maklumat lanjut tentang mereka)
100 Pemain Tertinggi (mata tertinggi 100 Pemain Tertinggi menurut level dan maklumat lanjut tentang watak tersenarai)
PvP (mata tertinggi 100 Watak Tertinggi di PvP dan maklumat lanjut tentang watak tersenarai)
Pencapaian (ketahui watak mana di dunia permainan kamu yg ada mata pencapaian tertinggi)
Puak (ketahui puak mana yg paling berjaya)
Rakan (ketahui siapa rakan kamu yg ada mata pengalaman tertinggi)

Komunikasi:
Rakan (senarai rakan kamu)
Senarai abaian (senarai watak yg kamu tidak mahu menerima mesej drp mereka)
Forum (terbitkan di forum ingame)
Surat (tulis surat kpd watak lain)
Perbualan Puak (mesej semua puak yg sedang online), entri ini hanya boleh dilihat jika kamu ahli sebuah puak.
Dagangan Selamat (tukarkan barang dgn emas dgn watak lain)

Tetapkan kata laluan: (tukar kata laluan utk watak)
Talian kecemasan: (tetapkan talian kecemasan pada 30 hari terakhir atau jika watak kamu bukan premium

Menu Premium:

Mengenai (menunjukkan maklumat tentang watak premium)
Tetapkan negera (tetapkan negera kamu di sini)
Langgan (tempah langganan utk menikmati semua kelebihan premium)
Batal langganan (tamatkan langganan premium kamu)

Daftar keluar:
Simpan dan tinggalkan permainan