Soalan Lazim

Bagaimana untuk Main

Berbual dan bermesej dengan pemain lain (telefon kekunci).

Berbual dengan pemain lain: Kekunci 8
Untuk berbual dengan pemain berdekatan, pilih "Bual" di menu. Talian input akan muncul dengan window teks. Semua yang dibualkan akan tertera. Masukkan teks melalui kekunci nombor telefon. Untuk hantar mesej, tekan butang "OK/lancarkan", untuk buka menu, pilih "Hantar". Jika kamu pilih "Modkekunci", kamu kena tukar dengan mod input berbagai (cth. huruf kecil dan besar). Untuk tamatkan perbualan, pilih "Tamat Perbualan".

Mesej pemain: Kekunci 9
Selain dari berbual dengan pemain berdekatan, kamu boleh hantar mesek kepada pemain laun yang jauh (iaitu pemain yg tidak nampak di bahagian peta kamu). Pilih "Mesej" di menu, masukkan nama pemain yang kamu mahu hantar mesej dengan menggunakan kekunci nombor. Bila siap, sahkan nama pemain. Buka menu dengan menekan butang "OK/lancarkan", pilih "Sahkan nama" dan tekan butang tu sekali lagi. Sekarang kamu boleh hantar mesej kepada penerima sama seperti dia berdiri di sebelah kamu. Pilih "Tamatkan perbualan" di menu untuk tamatkan perbualan.