Soalan Lazim

Bagaimana untuk Main

Bagaimana mengguna jampi dan buku jampi.

Di dunia magikal TibiaME, semua watak ada bakat ajaib dan boleh melontar jampi. Ahli magis ada lebih banyak potensi magis drp pahlawan, dan boleh belajar jampi dan gunakannya dgn berjaya. Pahlawan melawan musuh dgn senjata berkilat sedangkan ahli magis akan melontar jampi berkuasa utk mempertahankan musuh.

Utk melontar jampi, kamu perlukan 2 benda: jampi dan buku jampi. Jami dan buku jampi boleh diperoleh melalui pelbagai cara, cth: beli di NPC, ganjaran pengembaraan.

Bila kamu dah belajar jampi dan dapat buku jampi, lawati kedai jampi - tengok ahli magis yg memapar tengkorak di tingkap kedainya. Di kedai jampi, ahli magis berkelebihan akan pindahkan jampi ke buku jampi menggunakan kuasa magis. Bila kamu "guna" buku jampi ini sekarang, kamu akan lontarkan jampi yg terikat dgn buku ini, tapi kamu mesti punyai mana yg cukup.
Buku jampi hanya boleh ada satu jampi. "Lihat" buku jampi utk kenalpasti jampi mana yg ia kandungi.

Lawati Aurota di Lybera utk belajar jampi penyembuh pertama kamu dan terima buku jampi pertama kamu secara percuma. Ahli magis di kedai jampi berdekatan akan memindahkan jampi ini ke buku jampi baru kamu dgn gembira. "Guna" buku jampi utk pulihkan diri kamu jika tercedera.