Soalan Lazim

Bagaimana untuk Main

Apa itu stamina?

Setiap pemain mula dgn 56 jam stamina. Hanya bile kamu lawan raksasa, masa akan ditolak dari stamina kamu. Jika kamu berbual atau berjalan-jalan, masa tidak ditolak.

Menambah EP dgn stamina berbeza:
56-54 jam -> +50% EP (Premium dan pemain VIP sahaja)
53-15 jam -> normal EP
14-00 jam -> 50% EP
00 jam -> tiada EP

Stamina dijana semula bila watak kamu daftar keluar. Untuk setiap 2 minit kamu offline (tak daftar masuk permainan), watak kamu akan jana 1 minit stamina. Jadi kamu kena rehat 2 jam untuk jana 1 jam stamina. Tapi, stamina hanya mula dijana selepas kamu daftar keluar selama 10 minit.

Di menu "Info Watak" klien kamu, kamu akan temui point menu "Stamina" di bawah "status" yg menunjukkan masa stamina kamu yg tinggal. Di sini kamu boleh juga tahu jika kamu menerima bonus atau penolakan dari mata pengalaman yg kamu dapat dari membunuh raksasa.